Wednesday, 28 January 2015

ESP SHAKLEE MENGILANGKAN SCRATCH MARK/PECAHAN LEMAK

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Ini merupakan entry pertama dalam tahun 2015. Lama rasa nya saya menghilangkan diri.

SCRATCH MARK @ PECAHAN LEMAK

Sekitar dalam tahun 2011 atau 2012, dalam bulan ogos yakni bulan puasa untuk mereka yang beragama islam. Saya di masukkan ke hospital di jalan ipoh kerana sakit yg berulang. fisio,ubat,senaman tak menunjukkan hasil dek kerana bebanan kerja yg tak tentu hala. di bawah penguasaan Dr. Abdul Jamal , dokta kacukan yang baik dan berbudi pekerti. Sepanjang didalam tempoh jagaan beliau, beliau cuba tidak menggalakkan saya buat pembedahan kerana usia yg muda. Tetapi kekerapan di masukkan ke wad makin menjadi dan ini mengganggu prestasi kerja saya. Akhirnya dokta mencadang kan satu prosedur kecil die bilik pembedahan. dalam tempoh masa yang singkat. Prosedur yg bertujuan menghalang kesakitan saya utk sementara waktu.

[EPIDURAL STERIOD INJECTION]

Seingat saya bertarikh 23 ogos (lupa da) prosedur dijalan kan. Rasa seram sejuk masuk ke bilik pembedahan sampai kini masih berlegar dalam ingatan. Prosedur yg mengambil mase hanya 30 minit. Sakit? hanya tuhan saja yg tahu. Prosedur ini mengakibatkan pecahan lemak pd anggota badan sy terutamanya di peha dan punggung. Badan mengembang 3x ganda. Kestabilan badan hilang. Saya rasa sayalah org yg paling kembang mase tuh. Jalan sampai berlaga peha,melecet,naik motor tak larat angkat kaki. Kesan suntikan steriod dalam badan. Masa tu lagi 3 hari lagi ulang tahun kelahiran saya dan lagi beberapa hari umat islam menyambut hari raya aidilfitri. Bayangkan baju raya tak muat. Sedih Allah saja yang tahu. Dengan berat badan yg hampir mencecah angka 70kg,saya terasa badan semakin berat. 


SUPPLEMENT PERTAMA


Saya mula mencari alternatif untuk kurus.Masa ni saya tak kenal lagi tentang shaklee. Rakan memperkenalkan satu produk pelansingan yg memang berkesan dan saya berjaya turun berat 10kg dalam masa 2 minggu CUMA SAYANGNYA PECAHAN LEMAK MASIH KEKAL . Kecewa. Hampir 2 tahun parutnya masih berbekas.SEDIH!

Saya mula consume pada esp sekitar setahun yg lepas ( tahun 2014 le). Niat sebenarnya nak kekal kan atau turunkan berat badan . Tetapi kesan yang baru sy perasan ialah pecahan lemak sy makin lama makin menghilangkan diri. Masa tu hati girang la sangat...lama sgt da rasanya saya simpan lemak tepu ni dan akhirnya dengan pengambilan ESP dengan konsisten keputusan yg saya dapat memuaskan. 5 bintang !!

Sekarang masih consume esp cuma berganti-ganti dengan CINCH SHAKLEE pulak...Alhamdulillah.. Allah mudahkan jalan . Rasa rugi andai tinggal kn ESP ni. Esp nie dah benda wajib. Khasiat yg pelbagai sampai kadang kita tak perasan kesan yg menakjubkan jadi.

------------------------------------------------------------------------------------------------------

Ingin menjadi sebahagian dari kenangan ESP shaklee?
Hubungi saya dengan kadar segera
Harga istimewa dan hadiah percuma menanti


Pengedar Shaklee Anda
COD Batang Kali,Selayang
Whatsapp/sms : 0123696987
ID: 1019032

Monday, 13 October 2014

Apa ada dalam beg saya?



APA DALAM BEG SAYA??




Hari-hari kemana saja kita pergi sentiasa ada beg setia menemani kita. Pelbagai saiz beg, warna, jenama, bentuk yang kita bawa. Saya? Juga seperti anda. Kegemaran saya ialah beg sandang seperti beg sekolah. Senang dan mudah utk dibawa kemana saja. Ruang yg besar membolehkan saya mencampakan apa saja keperluan saya ke dalam beg saya.


Pasti ada barang wajib yg perlu dan sentiasa kita biarkan didalam beg. Yang wajib kita pakai stp hari. Menjadi antara yang penting utk kita seharian. Apa dalam beg kegemaran saya? heheheh
Antara nya ialah :
beg duit yang ada kad pengenalan,lesen memandu,kad atam, kad bonuslink,kad mesra dan pelbagai kad lagi
duit utk belanja seharian,utk isi minyak,dan sedikit bahagian utk membeli belah jika perlu.
Dalam beg saya juga ada beg kecil yg saya asingkan keperluannya kepada 3 beg kecil.
Beg kecil pertama saya penuhkan dengan barang seperti alatan jahitan, tisu, pin baju, pengetip kuku, sampul duit . Beg kedua pula saya penuhkan dengan barang peribadi wanita. Dalam beg juga ada satu bekas kecil yg saya penuhkan dengan pin-pin tudung ..  Ok habis cerita tentang beg -beg kecil saya yang terdapat dalam beg besar saya. Selain beg-beg kecil, dalam beg besar juga saya letakkan minyak wangi yg en boipren belikan tp jarang saya pakai sebabnya saya lupa dan sensitif bauan yg kuat. Selain tu jugak saya isikan beg saya dengan supplemnt shaklee yang menjadi antara kepentingan saya seharian. Pembekal tenaga saya sepanjang hari bekerja. Dalam beg juga saya letak pensil box dan buku jika ada yang penting untuk saya catatkan. Oh tak lupa juga charge telefon saya dan 2 hpon peneman setia..heheheh

Saya sayang beg saya. Beg yang mudah saya bawa kemana saja. Saya sumbat kan apa saja,beg saya sudi menerimanya. Dan paling seronok boleh bawak telekung saya walau ke komplek membeli belah. Saya amat sayang beg saya. Tak de sakit bahu bawak handbeg kehulu hilir. Senang bwk je beg sekolah..heheheh rasa da macam budak sekolah sekali sekala. Bila jalan seiring dengan anak buah rasa seronok je sebab masing-masing dengan beg yang pelbagai rupe dan bentuk..

Apa ada dalam beg anda??
tinggal kan komen utk saling bertukar cerita .

Yang paling saya suka tentang beg saya ialah ianya tahan lasak, lembut di bahagian pengangkut bahu, boleh buat bantal emergency !! hahahaha

Beg saya jenama Nomi Deuter berwarna merah + kelabu.
SAYA SAYANG BEG SAYA





*********************************************************************************

Saya pengedar shaklee anda yg suka beg deuter 

FB: siti hajar kamarazzaman
PAGE: chenta beauty & healthy
whatsapp : 0123696987 @ 0169926035


'SHAKLEE ALWAYS SAFE'




Sunday, 12 October 2014

Fungsi Vitamin C , Kolagen dan Protein dalam tubuh anda

Assalamualaikum..selamat malam..
di beri lagi kesempatan mencoret di blog saya yang serba kekurangan ni.

Jum kita kupas sedikit tentang penting nya vitamin C dan kolagen utk kulit kita.

Secara umumnya, pertambahan usia dan gejala penuaaan bukan satu jenis penyalit. Ia harus di terima dengan hati terbuka dan berlapang dada.

Bagi membantu mengatasi masalah wanita 40an , pakar kecantikan menyarankan pengambilan VITAMIN C DAN KOLAGEN . Tidak dapat dinafikan Vitamin C merupakan vitamin yg paling dikenali dan sememang nya layak utk dihargai kerana fungsinya yang pelbagai kepada kesejahteraan tubuh termasuklah pemulihan dan pertumbuhan tisu-tisu , mengekalkan kesihatan gusi , menyokong sistem imunisasi dan membantu penyerapan zink. Hasil penyelidikan juga mendapati dengan pemgambilan vitamin C dengan konsisten dapat mengurangkan tempoh demam selsema dengan menguatkan imun badan seseorg. Bagi wanita pula ,pemgambilan vitamin C dijadikan sbg amalan harian  kerana ia merangsang kesihatan dan kecantikan kulit melalui penghasilan kolagen.

Menurut Presiden Persatuan Peribatan Estetik Malaysia, Dr,Chin Shihh Choon, vitamin C atau asid ASCORBIC  sangat penting untuk tubuh badan. 'Ia larut air. Vitamin ini bukan sahaja berfungsi sebagai anti oksidan utama tetapi juga satu anti virus kuat selain berfungsi sebagai anti bakteria dan anti kuat. Vitamin C juga merupakan agen ati radi\ang dan anti hastamina. Oleh itu ia sangat berguna melawan alahan dan gangguan radang kronik. Dalam pada itu, vitamin ini membantu sintesisi kolagen, pembentukan tulang dan menyahtoksik. Vitamin C juga amat popular dalam bidang kecantikan sebagai agen anti penuaan. Pun begitu, vitamin C boleh diperolehi daripada makanan spt buah limau, buah beri merah, tomato, kentang, brokoli, bunga kobis, kubis brussels,merah dan lada loceng hijau , kubis dan bayam. Tambah beliau, kolagen boleh diperoleh drpd produk soya, sayuran hijau gelap, madu manuka, dan avokado. Makanan-makanan ini membantu merangsang pembetunkan kolagen dalam badan kita. Sementara itu, terdapat juga dalam sumber drpn laun\t seperti ikan. Serat kolagen berasal daripada protein yang mempunyai tahap asid amino iaitu hydroxylysine dan hirdoksiprolina yg tinggi. Asid-asid amino ini penting untuk pembentukan semua jenis kolagen.

Collagen Powder Shaklee, Vit C Shaklee dan Esp Shaklee

a) Sustained Release Vitamin C (500mg)

: Setiap tablet vitamin C mengandungi 7.5 hidangan sebiji buah termasuk kulitnya (500mg) dan pembebasan 1.5 vitamin C buah tersebut ke dalam tubuh kita setiap jam.Kajian menunjuk kan dengan pengambilan 2 tablet vitamin C shaklee mampu bertahan dalam badan kita dalam tempoh 24 jam . Ini membuat kan imun badan kita mampu menentang radikal bebas dan infeksi bakteria.

Manfaat Utama :

* membentuk kolagen
*membaiki simptom pendarahan
*peningkatan sistem imun
*memerangi kanser
*mencantikan kulit
* memperbaiki insomnia
*mengekalkan kolestrol sihat






b) Collagen Powder 

: merupakan supplement kolagen yang unggul, mengandungi 4000 mg kolagen RSS (sisik Ikan Merah) proprietari, sejenis kolagen tulen dan bermutu tinggi yang di estrak dari sisik ikan Merah.Ianya amat mudah diserap oleh tubuh dan membantu meningkatkan sintesis kolagen pada lapisan dermis dengan berkesan.

Manfaat Utama : 

*tampak lebih muda ( membantu dlm menguatkan rambut dan merangsangkan pertumbuhan semula.)  ( kuku akan lebih kuat, bintik putih akan hilang, dan pangkal kuku akan mengekakan warna yang sihat)  ( kulit akan kurang kering dan elastisiti akan bertambah baik. Kulit juga akan sembuh dengan cepat dan ini akn mengurang kan parut)


*rasa lebh muda ( membantu menguatkan tulang dan mengurangkan kemungkinannya menjadi rapuh)  ( mengurang kan kesakitan dan geseran disendi-sendi)  ( baik untuk mata. Kornea memerlukan kolagen dan ianya membantu mengekalkan otot mata supata tetap anjal)  ( memastikan otak sentiasa sihat)





c) Esp (energizing soy protein)

: Kacang soya yg sihasilkan ialan NON-GMO yakni dimana ia diproses pada kadar suhu yg rendah dan sumber tenaga segera dan boleh bertahan lama. Menggunakan 30kg soya utk satu tin ESP (850mg). Satu hidangan esp shaklee ini bersamaan dengan 2 kali ganda daging , 4 kali ganda telur, 12 kali ganda susu, rendah lemak , tiada kolestrol, tiada asid uric, dan sangat mudah diserap tubuh manusia.

Manfaat Utama :

*awet muda
*baik untuk hormon
*baik utk prostat
*kulit remaja
* pembekal tenaga
*membaiki pigmentasi
*membaiki memori



fb: Siti Hajar Kamarazzaman
page: Chenta Beauty & Healthy
email: ct_rja05@yahoo.com / kamarazzamanhajar@gmail.com
whatsapp/sms: 012-36936987 @ 016-9926035
*********************************************************************************

mengubah jenama boleh mengubah kehidupan anda.

SHAKLEE SENTIASA SELAMAT








Friday, 10 October 2014

Shaklee skim cepat kaya

Baca tajuk da terkejut kan... Biar betul ni. Tak pernah sesiapa declare begini.. Mesti berasap ramai nak tau kebenarannya tapi adakah kerana betul anda ingin kan kebenaran atau sekadar ingin menjatuhkan. Saya jemput anda sedikit sebanyak membaca tulisan saya.

SHAKLEE BERHANTU

Kenapa saya katakan begitu. Pertama kali saya mendengar nama shaklee saya rasa tak teruja malah saya sendiri tak kenal shaklee. Akhirnya saya berkenalan dengan shaklee sept 2013. Masuk tanpa disedari,cuba mengenal,memahami keluarga shaklee saya. Pandangan pertama ialah sangat menyesakkan kerana telefon tak berhenti berbunyi kerana mesej dr kumpulan shaklee. Sangat-sangat merimaskan..hahahahha agaknya ada 1 hari tu saya tak tahan,saya 'mute' kan bunyi utk grup mesej shaklee. Terasa sangat menggangu. Tapi semua tuh bertahan hanya seminggu je.. ^__^

SHAKLEE BERBAHANG

Terasanya semangat, terasanya bahang shaklee pabila masuk ke minggu ke2. Bila rakan pejabat bertanyakan hal shaklee pada saya. Bagaimana mereka boleh tahu? Oo..saya declare diri di facebook sebagai sid. Baru umumkan belum bergerak apa-apa. Maka bila ada yang bertanya soal shaklee buat saya jadi teruja. Hebat rupanya shaklee ni. Pelanggan pertama saya adalah rakan pejabat sendiri. Sales saya dalam tempoh 2minggu terakhir bulan 9/2013 sebanyak 3++ uv kalau tak salah saya dan bonus dalam 9+. Rasa masa tu satu perasaan yang tak mampu diungkap. Bersyukur, bangga. Terasa diri hebat dengan jualan yg sebegitu.

Aktif dalam kumpulan 'whatsapp'

Sejak dari itu saya mula aktif di kumpulan kami. Perbetulkan tanggapan dalam diri tentang shaklee dan upline, sideline (masa tu tak ada downline lg). SubahanaAllah, apa yg saya dapat sangat berharga dgn mereka. Pelajaran demi pelajaran. Kata-kata yg membina. Tunjuk ajar yg bukan hanya tertumpu pada shaklee dan bisnes semata-mata. Dari sini saya belajar kenal diri, cabar diri, perkemas diri. Dari segala aspek mereka berkongsi. Hal bisnes, agama, sosial, dan diri sendiri. Memang betul shaklee ni skim cepat kaya yang jadi rebutan. Mereka mengajar saya kaya utk bekalan akhirat dan kaya dunia. Saya mula dekatkn diri pd Sang Pencipta. Adab dengan keluarga. Mencari berkat pendapatan yg diperolehi.

Skim cepat kaya AKHIRAT & DUNIA

Tahun ni saya genap 1tahun bersama shaklee. Untuk keluar dari skim ini saya tak mampu. Rasa rugi sangat kalau tinggal kan sekerat jalan. Masih jauh lagi perjalanan saya. Masih banyak lagi kekayaan akhirat & dunia yang saya belum perolehi. Moga ramai yang rebut peluang didalam skim ini. Satu-satunya skim yg  membuatkan anda menyesal tak menemuinya awal-awal. Persahabatan, kasih sayang spt keluarga, amalan rohani, ilmu berbisnes. Terlalu banyak utk di senaraikan.
Moga saya tetap utuh bersama shaklee.

********************************************************

Ingin menjadi sebahagian dari keluarga shaklee kami?

Hubungi saya secara whatsapp atau sms ke
0123696987
Hajar

#####################±#################±
Konsultasi sebelum,semasa dan selepas pembelian produk adalah percuma

Siti Hajar Kamarazzaman
Id: 1019032
Fb: siti hajar kamarazzaman


Thursday, 9 October 2014

Produk berhantu: masalah kulit/eczema/tumit merekah

Assalamualaikum...selamat pagi. Selamat hari jumaat. Moga kita sentiasa dirahmati dan diberkati.

Kerja dekat office agak kurang so kita share sikit tentang produk shaklee yg berhantu. Asal restok dalam hanya masa 1/2 jam akan licin di online dan sesetengah branch... Fuhhh nampak tak kerberhantuan nya...hahahah
Apakah produk itu? Jum kita selidik da kenal-kenal sikit.

Herbal Blend Multi Purpose Cream ini adalah krim kulit yang serbaguna yang boleh dipakai pada kulit sesiapa sahaja. Bayi sangat disyorkan menggunakan krim kulit serbaguna ini bagi mengatasi masalah eczema, gigitan nyamuk, ruam-ruam dll.

Dipekkan sebanyak 4oz dalam 1 botol membuatkan ianya antara krim kulit yang sangat berpatutan harganya dan yang penting berbaloi dari segi pemakaiannya. Semua ahli keluarga boleh menggunakan krim ini. Tambahan pula ia tidak mengandungi sebarang bahan kimia, selamat dan berkesan.

APA KANDUNGAN HERBAL BLEND?

Herbal Blend Multi Purpose Cream ini diformulakan daripada ekstrak semulajadi yang menenangkan termasuk sage, horse chestnut yarrow dan rosemary. Cream ini bersifat dingin, bermentol dan tidak berminyak dan melekit. Herbal blend juga telah diuji secara klinikal di mana krim ini dapat melembutkan kulit yang kasar dan pecah-pecah pada lutut, siku serta tumit kaki.

APA KEBAIKAN HERBAL BLEND MULTI PURPOSE CREAM?

1. Ruam
2. Luka kecil
3. Calar
4. Demam (sapu keseluruh badan suhu akan turun)
5. Eczema
6. Masalah kulit gatal
7. Menghilangkan parut
8. Melembutkan kulit yang kasar
9. Elokkan pecah-pecah pada lutut, siku serta tumit kaki.
10. Baik untuk demam campak. Menghilangkan kesan atau tanda demam campak.
11. Memecahkan lemak /Pembuangan Angin dengan cara urutan terutama pada bahagian perut
12. Losyen kegunaan harian

Teruja seperti saya? Nak 1 tiub?

Jum whatsapp je

Hajar
0123696987

Monday, 6 October 2014

Resepi saya & shaklee

Assalamualaikum dan selamat sejahtera

Lama jugak saya tak menulis. Beribu alasan tercipta. Hari ni ada kelapangan masa sedikit utk berblog.
Pesan dr mereka yg master dalam shaklee ialah kita yang mencipta dan mengatur masa bukan masa utk sesungguhnya.

Okei,tajuk kali nie berkenaan resipi. Dekat otak dah fikir makanan kan..hehehhe..bab makan nanti kita kupas. Resipi hari ni..berkenaan mereka yg suda berjaya dengan bidang masing-masing. Rata-rata stp mereka mempunyai resipi yg mereka amalkan selalu.

Kita? Harus punyai resipi sendiri disamping meniru dan belajar dgn resipi org lain yg telah lama berjaya. Selalu dan kerap kali mentor-mentor didlm shaklee berpesan...mengingatkan..setiap kejayaan dimulakan dengan langkah kecil yg kemudiannya langkah itu menjadi semakin besar dan besar tetapi jangan kita sangka stp langkah itu mudah tanpa cubaan dan dugaan. Atur stp langkah dengan baik. Kekuatan diri daripada rohani dan jasmani.

Setiap hari kita adalan cabaran dan dugaan. Maka kita kene siapkam diri. Dalam shaklee banyak dugaan seperti online bisnes lain. Bezanya kami ialah kami diasuh,diasah,diperhatikan dari sekecil target sampai ke sebesar target. Mentor kami sangat la berdedikasi. Tak pernah sekalipun tinggalkan anak,cucu,cicit tanpa suapan yang membina.

Sepanjang saya bersama shaklee dalam setahun lebih ini..terlalu banyak pelajaran yang sy dapat. Dari hal bisnes hingga la ke hal kehidupan kita. Rasa yang amat bersyukur sangat sebab terjebak dengan bisnes ini. Moga saya diberi kesempatam terus bersama mereka melakar kejayaan demi kejayaan didalam shaklee. Kejayaan yang paling bermakna ialah tidak pernah putus asa walau berapa kali jatuh tersungkur. Ukhwah yg terjalin membuatkan saya bahagia dengan shaklee.
Jutaan terima kasih kepada mereka yang bertungkus lumus menjadikan saya yg hari ini. Perjuangan saya belum selesai. Banyak lagi resipi yg perlu saya lakarkan dan ciptakan sendiri.

Anda nak merasai nikmat bershaklee?? Sedap dan lazatnya perjuangan kami? Berkrim nya ukhwah dalam keluarga kami?

Whatsapp terus
0123696987 @ 0169926035

Wednesday, 1 October 2014

Saya adalah AGENT SHAKLEE ANDA

Fuhhhh...baca tajuk macam mudah nak menulis panjang...

Flashback : 05012013

Tarikh keramat yang akan di ingati sentiasa. Tarikh dimana katil hospital di usung ke bilik bedah. Saya disahkan punyai masalah di bahagian tulang belakang yakni L4&5 mungkin hampir 25 tahun lepas dan baru dapat dikesan 5-6 tahun yang lalu.. Dokta sudah lakukan pelbagai jenis rawatan tapi masih sama utk saya... Akhirnya penyelesaian terbaik ialah operation dengan di masukkan 6skru sebagai penyokong.

Skru di pakai seumur hidup dalam badan saya..
Masih terase ngilu kesan di toreh di belakang..
Masih terbayang setiap air mata mengiring katil ke bilik operation...tak mampu bayangkan lagi..
Okei kita tinggalkan yang sedih dan pedih..

Sekarang hampir 1tahun lebih dah berlalu..
Walau masih terasa sisa yang ada..kini saya pilih untuk bertabah dengan setiap apa jua yang datang..dr segi kesihatan..perhubungan..kewangan dan dsb.

Bagaimana saya kenal shaklee?

Saya mula kenal perkataan shaklee pada 18/9/13..hasil paksaan akak ipar saya. Supplement yang pertama sekali saya ambil ialah ostematrix shaklee. Niat saya nak kuatkan badan selepas operation...saya baru mula kerja dalam 6bulan. Rasa ngilu masa tuh..Allah saja yang tahu. Tiada ubat tahan sakit dari pihak hospital sudah. Dokta pesan saya supaya rajin bersenam..makan yg berkhasiat..jangan beban kan badan tp saya bukan jenis yang dengar kata..hehhe..tp percayalah..tak ada siapa nak berskru di badan seumur hidup kan.. Secara rasminya bila kita dah makan supplement kita akn join ahli utk dapatkan harga ahli. Saya juga begitu. Akak ipar saya ajak berbisnes utk kurangkan beban dalam berhutang..sejujurnya saya taknak..saya xnk ambil risiko tp akhirnya da setahun lebih bersama shaklee.

Apa yang ada dengan shaklee?

Saya tak pernah sangka ini yang saya jumpa didalam keluarga shaklee. Semangat ukhwah yang tinggi. Semangat tolong menolong.. Allahuakhbar. Tak pernah saya jangka semua ni. Setiap bimbingan, tunjuk ajar, kata nasihat amat la menakjubkan. Walaupun kami hanya kenal dialam maya tanpa berjumpa tp setiap pesan..ukhwah..keakraban..nikmat berkasih sayang semua tak pernah kurang.. Hingga kini saya masih setia dengan shaklee. Walau sesusah dan sesukar mana pun rintangan. InshaAllah kaki saya tetap utuh disini bersama yang lain berjuang. Moga jalan-jalan kami dipermudahkan. Moga niat kami membantu dan menolong org lain akan membuahkan hasil.

Saya kini pengedar bebas shaklee di kawasan batangkali hingga ke selayang serta pengeposan di seluruh Malaysia. Berkongsi nikmat dan kebaikan bershaklee. Menyebarkan segala maklumat berkenaan shaklee. Menjadi duta shaklee secara tidak langsung.
Saya agent anda. Sebarang pertanyaan dan pembelian shaklee boleh terus kepada saya. Hanya kerana ukhwah mereka yang saya hanya kenal di alam maya, kini saya jatuh cinta dan sayang kan keluarga shaklee saya.
Anda dialukan utk menyertai keluarga kami.

Hubugi saya segera
Talian selamat

Hajar
0123696988 @ 0169926035