Monday, 13 October 2014

Apa ada dalam beg saya?



APA DALAM BEG SAYA??




Hari-hari kemana saja kita pergi sentiasa ada beg setia menemani kita. Pelbagai saiz beg, warna, jenama, bentuk yang kita bawa. Saya? Juga seperti anda. Kegemaran saya ialah beg sandang seperti beg sekolah. Senang dan mudah utk dibawa kemana saja. Ruang yg besar membolehkan saya mencampakan apa saja keperluan saya ke dalam beg saya.


Pasti ada barang wajib yg perlu dan sentiasa kita biarkan didalam beg. Yang wajib kita pakai stp hari. Menjadi antara yang penting utk kita seharian. Apa dalam beg kegemaran saya? heheheh
Antara nya ialah :
beg duit yang ada kad pengenalan,lesen memandu,kad atam, kad bonuslink,kad mesra dan pelbagai kad lagi
duit utk belanja seharian,utk isi minyak,dan sedikit bahagian utk membeli belah jika perlu.
Dalam beg saya juga ada beg kecil yg saya asingkan keperluannya kepada 3 beg kecil.
Beg kecil pertama saya penuhkan dengan barang seperti alatan jahitan, tisu, pin baju, pengetip kuku, sampul duit . Beg kedua pula saya penuhkan dengan barang peribadi wanita. Dalam beg juga ada satu bekas kecil yg saya penuhkan dengan pin-pin tudung ..  Ok habis cerita tentang beg -beg kecil saya yang terdapat dalam beg besar saya. Selain beg-beg kecil, dalam beg besar juga saya letakkan minyak wangi yg en boipren belikan tp jarang saya pakai sebabnya saya lupa dan sensitif bauan yg kuat. Selain tu jugak saya isikan beg saya dengan supplemnt shaklee yang menjadi antara kepentingan saya seharian. Pembekal tenaga saya sepanjang hari bekerja. Dalam beg juga saya letak pensil box dan buku jika ada yang penting untuk saya catatkan. Oh tak lupa juga charge telefon saya dan 2 hpon peneman setia..heheheh

Saya sayang beg saya. Beg yang mudah saya bawa kemana saja. Saya sumbat kan apa saja,beg saya sudi menerimanya. Dan paling seronok boleh bawak telekung saya walau ke komplek membeli belah. Saya amat sayang beg saya. Tak de sakit bahu bawak handbeg kehulu hilir. Senang bwk je beg sekolah..heheheh rasa da macam budak sekolah sekali sekala. Bila jalan seiring dengan anak buah rasa seronok je sebab masing-masing dengan beg yang pelbagai rupe dan bentuk..

Apa ada dalam beg anda??
tinggal kan komen utk saling bertukar cerita .

Yang paling saya suka tentang beg saya ialah ianya tahan lasak, lembut di bahagian pengangkut bahu, boleh buat bantal emergency !! hahahaha

Beg saya jenama Nomi Deuter berwarna merah + kelabu.
SAYA SAYANG BEG SAYA





*********************************************************************************

Saya pengedar shaklee anda yg suka beg deuter 

FB: siti hajar kamarazzaman
PAGE: chenta beauty & healthy
whatsapp : 0123696987 @ 0169926035


'SHAKLEE ALWAYS SAFE'




No comments:

Post a Comment